suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yoga, balet antara rutin harian Mick Jagger selepas jalani pembedahan

Mick Jagger selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di New York.

VOKALIS utama kumpulan Rolling Stones, Mick Jagger selamat menjalani pembedahan jantung dan kini dalam tempoh pemulihan.

Menurut laporan Mirror, penyanyi berusia 75 tahun itu menjalani pembedahan bagi menggantikan injap jantung di sebuah hospital di New York, awal minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mick Jagger mohon maaf terpaksa tunda konsert The Rolling Stones

Mick dikesan menghadapi masalah pada injap jantung yang mampu mengakibatkan kegagalan pada fungsi jantung seterusnya berdepan risiko kematian selepas menjalani rawatan harian minggu lalu.

Beberapa pakar kesihatan kini ditugaskan untuk memantau kesihatan Mick yang memerlukan dia menjalani beberapa rutin harian lain seperti berlari, mengayuh basikal, yoga, kickboxing dan balet.

Terdahulu, Mick mengumumkan bahawa mereka terpaksa menangguhkan semua tarikh siri jelajah di Amerika Syarikat selepas doktor menasihatinya untuk berehat daripada sebarang aktiviti seni berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.

Mick Jangger, pembedahan

Artikel Lain