suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Park Jihoon kongsi perbezaan aksi solo dan berkumpulan

Park Jihoon berbangga dengan pencapaian diri. Foto: SOOMPI

SETELAH bergerak secara solo, bekas anggota kumpulan Wanna One iaitu Park Jihoon melancarkan album O'Clock dengan lagu utama berjudul L.O.V.E pada 26 Mac lalu.

Menerusi siaran langsung di aplikasi VLive, Park Jihoon berkongsi banyak perkara mengenai karier termasuklah perbezaan bergerak solo dan berkumpulan.

"Apabila jadi penyanyi solo banyak perkara saya kena belajar antaranya tentang lagu dan tarian.

"Sejujurnya, masa sangat singkat dan terlalu sibuk kerana saya kena menyiapkan acara promosi dan memantau muzik video di laman sosial termasuklah merangka sendiri sesi bertemu peminat.

"Bagaimanapun, saya berbangga kerana album pertama ini dilakukan sendiri oleh saya dan ramai sudi membantu. Malah, bekas ahli Wanna One yang lain turut menyokong dan memberikan kata-kata semangat," katanya.

Sebelum ini Wanna One dianggotai oleh Kang Daniel, Park Jihoon, Hwang Min-hyun, Bae Jin Young, Lai Kuan-lin dan Kim Jae-hwan, Yoon Ji-sung, Ha Sung-woon, One Seong-wu, Park Woo-jin dan Lee Dae-hwi.

Kumpulan Boyband itu dibubarkan pada 31 Disember tahun lalu.

SUMBER: Soompi

Artikel Lain