suria

Priyanka Chopra bakal bintangi filem Marvel

Pertemuan di antara Joe Russo dan Priyanka dikatakan membincangkan mengenai tawaran berlakon dalam filem Marvel. Foto: indiatoday

TIMBUL khabar angin mengatakan bahawa pelakon popular Bollywood, Priyanka Chopra bakal memegang watak superhero dalam salah satu filem terbitan Marvel tidak lama lagi.

Menurut portal Aceshowbiz, pihak produksi tersebut sedang mencari wajah-wajah baharu yang akan membintangi filem terbitan mereka.

Malah, sumber memberitahu pengarah Avengers: Endgame iaitu Joe Russo telah memberi bayangan bahawa mereka ada melakukan perbincangan dengan Priyanka dalam satu pertemuan semasa mempromosikan filem Marvel di Mumbai.

"Saya ingin sekali bekerja dengan Priyanka Chopra. Saya hanya tersenyum kerana berpeluang bercakap sesuatu dengannya," kata Joe Russo.

Bagaimanapun, pengarah tersebut tidak menjelaskan secara terperinci butir bicara dalam pertemuan mereka itu.

Sumber: Aceshowbiz

Artikel Lain