suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Priyanka Chopra sangkal berita bakal bercerai, masih bahagia disamping Nick Jonas

Rumah tangga Priyanka dan suaminya, Nick masih lagi bahagia.

BERITA mengenai pasangan selebriti Nick Jonas dan Priyanka Chopra yang dilaporkan mahu bercerai selepas empat bulan berkahwin mula hangat diperkatakan sejak Isnin.

Bagaimanapun menerusi laporan news18.com, sumber terdekat Priyanka menegaskan berita itu tidak benar memandangkan pasangan itu masih berbahagia bersama.

"Semua berita tu tidak benar dan majalah itu sengaja mereka cerita yang tidak sepatutnya hanya untuk melariskan produk mereka.

"Priyanka dan Nick masih berbahagia hidup bersama. Tapi sedih melihat ramai orang menyasarkan pasangan itu sejak mereka berkahwin.

"Dan kalau betul berita itu sekadar April Fool (lawak April), ia paling melampau," katanya.

Sebelum ini menerusi laporan OK! Magazine mendakwa pasangan itu sudah bersedia untuk bercerai selepas tiada lagi perasaan cinta antara mereka.

Dalam laporan itu juga menyebut pasangan itu didakwa sering bertengkar tentang pelbagai perkara selain Priyanka dikatakan bersikap mengawal suaminya itu.

Berita mengenai masalah rumah tangga Nick dan Priyanka mula menjadi topik hangat media tempatan serta luar negara.

Priyanka Chopra, Nick Jonas

Artikel Lain