suria

Pelakon 20 tahun lebih muda teman wanita Park Hyuk Kwon

So Joo Hyang dilaporkan kerap ke Pulau Jeju untuk bertemu Park Hyuk Kwon yang tinggal di pulau peranginan itu.

AKTOR Park Hyuk Kwon dilaporkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon 20 tahun lebih muda daripadanya iaitu Jo Soo Hyang.

Soompi melaporkan hubungan cinta pasangan itu sudah terjalin sejak dua tahun lalu namun berjaya merahsiakannya daripada pengetahuan umum.

Soo Hyang juga dikatakan kerap berkunjung ke Pulau Jeju memandangkan Hyuk Kwon, 48, kini menetap di pulau peranginan itu.

"Park Hyuk Kwon kini menetap di Pulau Jeju, jadi Soo Hyung kerap ke sana untuk bertemu dengan teman lelakinya," kata sumber terdekat pasangan itu.

Sebelum ini juga, kelibat pasangan ini pernah dirakamkan oleh jurugambar ketika mereka menuju ke sebuah restoran yang turut disertai oleh ibu Hyuk Kwon.

Sumber lain turut memberitahu, Soo Hyung turut memanggil ibu teman lelakinya dengan gelaran mak.

Dalam pada itu, syarikat pengurusan aktor itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan mengenai berita percintaan artis mereka selain memberi alasan ia adalah perkara peribadi Hyuk Kwon.

Park Hyuk Kwon, So Joo Hyang

Artikel Lain