suria

Go Joon Hee sangkal terlibat dalam skandal Seungri

Go Joon Hee menyangkal dakwaan dia mempunyai kaitan dengan skandal melibatkan penyanyi Seungri.

SEMENJAK skandal seks dan dadah melibatkan penyanyi Seungri hebat diperkatakan di Korea Selatan, ramai nama selebriti lain turut terpalit dalam kontroversi sama.

Antara mendapat perhatian termasuklah aktres Go Joon Hee yang dikatakan antara individu yang terlibat dalam skandal seks melibatkan figura berprofil tinggi di negara itu.

Namanya dikaitkan selepas mesej Seungri dan Jung Joon Young tersebar berhubung seorang aktres yang digelar sebagai 'Noona' yang tidak dapat ke kelab kerana berada di luar negara.

Seungri kini sedang berhadapan dengan pelbagai tuduhan jenayah termasuk aktiviti pelacuran dan dadah. 

Peminat segera mengaitkan Joon Hee kerana 'Noona' adalah panggilan Seungri kepadanya.

Bagaimanapun aktres itu menyangkal dakwaan dia adalah individu dimaksudkan apabila dia diasak dengan pertanyaan itu di Instagram.

Seungri ketika ini sedang dalam siasatan polis atas beberapa dakwaan termasuk menjadi orang tengah dalam aktiviti pelacuran selain penyalahgunaan dadah.

Akibat daripada skandal itu, dia mengumumkan bersara daripada bidang seni sekali gus meninggalkan kumpulan Big Bang. - KOREABOO

Go Joon Hee, Seungri, Big Bang

Artikel Lain