suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Johnny Depp menyesal pernah jatuh cinta dengan bekas isteri

Johnny anggap tuduhan Amber tidak masuk akal.

PELAKON Johnny Depp memberitahu dia berasa menyesal pernah jatuh cinta dengan bekas isterinya, Amber Heard.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, sumber terdekat memberitahu Johnny turut berasa tuduhan Amber terhadapnya tidak masuk akal.

"Johnny rasa dipergunakan oleh Amber dan dia menyesal pernah jatuh cinta dengan wanita itu dan berasa tuduhan Amber itu tidak masuk akal," kata sumber.

Baru-baru ini Johnny telah menuntut AS$50 juta (RM200 juta) terhadap Amber atas dakwaan memfitnahnya.

Daily Mail melaporkan Johnny memfailkan saman terhadap Amber selepas aktres itu menyifatkan dia sebagai mangsa keganasan rumah tangga. 

ohnny, 55, dan Amber, 32, bertemu di set penggambaran filem The Rum Diary pada 2011 sebelum berkahwin pada Februari 2015.

Johnny Depp, Amber Heard

Artikel Lain