suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JOO bakal berkahwin dengan kekasih selepas setahun berkenalan

JOO umum bakal berkahwin pada 4 Mei depan.

PENYANYI JOO mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang bukan dalam kalangan selebriti pada 4 Mei depan.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusannya Woollim Entertainment mengesahkan perkara tersebut dan majlis itu akan diadakan secara tertutup di Seoul, Korea Selatan.

"JOO bakal berkahwin pada 4 Mei depan dalam majlis tertutup yang akan diadakan di Seoul, Korea. Bakal suaminya bukan dalam kalangan selebriti tapi sama usia dengan JOO.

"Mereka bertemu menerusi rakan Joo pada setahun yang lalu. Mereka mula bercinta dan merancang untuk berkahwin.

"Disebabkan pengantin lelaki bukan selebriti, jadi majlis diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri keluarga serta rakan rapat sahaja," katanya.

JOO

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia