suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennifer Aniston gembira Brad Pitt hadir majlis hari lahirnya

Brad hadir di majlis sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-50 Jennifer.

FOTO pelakon Brad Pitt menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran bekas isterinya, Jenifer Aniston yang ke-50 menjadi perhatian.

Sumber terdekat memberitahu portal Hollywoodlife.com, pasangan itu dilihat mesra dan aktres tersebut gembira dengan kehadiran Brad.

"Mereka berborak sekejap tapi nampak sangat mesra dan baik. Namun mereka berdua tidak menghabiskan waktu bersama sepanjang malam.

"Jennifer turut meluahkan rasa gembira dengan kehadiran Brad. Biarpun mereka bukan lagi suami-isteri tapi masih menjalinkan hubungan yang baik," katanya.

Majlis tersebut telah diadakan pada Ahad di Los Angeles dan dihadiri beberapa selebriti seperti Kate Hudson, Orlando Bloom, Katy Perry, Sandra Bullock dan ramai lagi.

Brad dan Jennifer berkahwin pada 2000 dan mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 2 Oktover 2005.

Selepas itu, Brad menjalinkan hubungan cinta dan berkahwin dengan Angelina Jolie pada 2014 namun perkahwinan itu bertahan selama dua tahun sahaja.

Artikel Lain