suria

Blackpink kekal kedudukan pertama artis terbaik pada Februari 2019

KUMPULAN penyanyi wanita popular Korea iaitu Blackpink mengekalkan kedudukan pertama sebagai artis perempuan terbaik pada Februari 2019.

Menerusi satu kajian Korean Business Research Institute, data menunjukkan kumpulan itu mempunyai reputasi terbaik sepanjang bulan ini.

Ia secara tidak langsung menjadikan Blackpink kumpulan pertama mengekalkan kedudukan dua bulan berturut-turut.

Kajian itu berdasarkan liputan media, interaksi dan indeks komuniti terhadap kumpulan itu.

Kajian juga meneliti data-data daripada beberapa kumpulan popular bermula 8 Januari hingga 9 Februari 2019.

Blackpink mengungguli mata menerusi carian popular di laman sosial iaitu Jennie, Golden Disc dan United States.

Kumpulan itu juga mendapat skor positif sebanyak 71 peratus berbanding negatif daripada pengikut laman sosial.

Tempat kedua diduduki oleh kumpulan G-Friend, dikuti Twice, Iz*One dan Cosmic Girls.

Blackpink

Artikel Lain