Album Terbaik Anugerah Grammy Ke-61 milik Kacey Musgraves - Bintang Global | mStar

Album Terbaik Anugerah Grammy Ke-61 milik Kacey Musgraves

Kacey memenangi kesemua katagori yang diterimanya.

PENYANYI Kacey Musgraves berjaya menyapu bersih kesemua empat kategori yang diterimanya termasuk Album Terbaik bagi album solo keempatnya, Golden Hour pada Anugerah Grammy ke-61 yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles malam Ahad (waktu tempatan).

Kemenangan Kacey Musgraves dalam kategori utama penganjuran anugerah muzik terbesar Amerika Syarikat itu merupakan kali pertama yang dimenanginya.

Menurut Kacey, kemenangan itu amat penting untuk dia untuk membawa muzik 'country' mengikut versinya kepada golongan yang berbeza.

Childish Gambino menangi dua kategori utama, Rekod Terbaik dan Lagu Terbaik.

"Ia amat penting bagi saya untuk membawa versi muzik country saya sendiri kepada golongan yang berbeza," katanya.

Selain Album Terbaik, Kacey turut membawa pulang tiga trofi dalam kategori Album Country Terbaik, Lagu Country Terbaik dan Persembahan Country Solo Terbaik.

Sebelum ini, Kacey memenangi anugerah Album Country Terbaik buat kali pertama menerusi album Same Trailer Different Park pada Anugerah Grammy Ke-56.

Manakala lagu This Is Amerika nyanyian Childish Gambino memenangi dua kategori utama iaitu Rekod Terbaik dan Lagu Terbaik.

Persembahan hebat oleh Lady Gaga menerusi lagu Shallow secara solo dengan iringan muzik rock.

Penganjuran anugerah itu turut dimeriahkan dengan persembahan hebat oleh barisan artis ternama termasuk Cardi B, Miley Cyrus duet bersama Shawn Mendes, Lady Gaga, Camila Cabello dan ramai lagi.

Acara yang dihoskan oleh penyanyi Alicia Key itu turut menampilkan kumpulan Korea terkenal BTS, John Mayer, Anna Kendrick, Alessia Cara, Meghan Trainor dan Jada Smith sebagai penyampai anugerah.

Berikut ini sebahagian senarai pemenang Anugerah Grammy ke 60

Album Terbaik: Golden Hour - Kacey Musgraves

Persembahan Country Solo Terbaik: Butterflies - Kacey Musgraves

Album Country Terbaik: Golden Hour - Kacey Musgraves

Lagu Country Terbaik: Spacey Cowboy - Luke Laird, Shane McAnally & Kacey Musgraves, penulis lirik (Kacey Musgraves)

Persembahan Country Duo/Berkumpulan Terbaik: Tequila - Dan + Shay

Rekod Terbaik: This Is America - Childish Gambino

Lagu Terbaik: This Is America -  Donald Glover & Ludwig Goransson, penulis lirik (Childish Gambino)

Artis Baharu Terbaik: Dua LipaPersembahan Pop Solo Terbaik: Joanne (Where Do You Think You’re Goin’?) - Lady Gaga

Persembahan Pop Duo/Berkumpulan Terbaik: Shallow - Lady Gaga & Bradley Cooper

Album Tradisional Pop Vokal Terbaik: My Way - Willie Nelson

Album Pop Vokal Terbaik: Sweetener - Ariana Grande

Rakaman Dance Terbaik: Electricity - Silk City & Dua Lipa feat. Diplo & Mark Ronson

Persembahan Rap/Nyanyian Terbaik: Woman Worldwide - Justice

Lagu Rap Terbaik: God’s Plan - Aubrey Graham, Daveon Jackson, Brock Korsan, Ron LaTour, Matthew Samuels & Noah Shebib, penulis lirik (Drake)

Persembahan Rap Terbaik: King’s Dead - Kendrick Lamar, Jay Rock, Future & James Blake / Bubblin - Anderson .Paak

Album Rap Terbaik: Invasion of Privacy - Cardi BPersembahan Rock Terbaik: When Good Does Bad - Chris Cornell

Persembahan Metal Terbaik: Electric Messiah - High on Fire

Lagu Rock Terbaik: Masseduction - Jack Antonoff & Annie Clark, penulis lirik (St. Vincent)

Album Rock Terbaik: From the Fires - Greta Van Fleet

Album Teater Muzikal Terbaik: The Greatest Showman - Various Artists

Album Runut Bunyi Skor Visual Media Terbaik: Black Panther - Ludwig Göransson, composer

Lagu Visual Media Terbaik: Shallow - Lady Gaga, Mark Ronson, Anthony Rossomando & Andrew Wyatt, penulis lirik (Lady Gaga & Bradley Cooper)

Artikel Berikut

Artikel Lain