suria

Cardi B padam Instagram selepas menang Anugerah Grammy

Cardi B mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi rap wanita pertama memenangi kategori Album Rap Terbaik Anugerah Grammy 2019 dalam tempoh 20 tahun.

BEBERAPA jam selepas menang Anugerah Grammy menerusi kategori Album Rap Terbaik, Cardi B memadam akaun Instagram miliknya.

Complex melaporkan Cardi bertindak sedemikian selepas dikatakan berang dengan pertikaian mengenai kemenangannya selain ada pihak cuba melagakan hubungannya yang sedia ada panas dengan Nicki Minaj.

Ia ekoran laman Twitter BET memuat naik status menyindir Nicki selepas Cardi menjadi artis rap wanita pertama memenangi kategori itu menerusi album pertamanya, Invasion of Privacy dalam tempoh 20 tahun.

Manakala Nicki yang beberapa kali dicalonkan menerusi kategori sama tidak pernah memenangi sebarang trofi Grammy.

Status itu membuatkan Nicki berang dan membatalkan kemunculannya menerusi konsert musim panas bersama BET pada Jun depan.

Nicki Minaj.

Cardi pula dalam kenyataannya menegaskan dia tidak menyokong apa dilakukan oleh BET.

"Itu bukan cara saya untuk menjatuhkan orang lain. Saya tidak menyokongnya," katanya.

Sementara itu, sebelum memadam Instagramnya, Cardi sempat memuat naik video menegaskan dia berhak mendapat kemenangan tersebut atas usaha kerasnya selama ini.

"Banyak perkara mengarut yang saya dengar sejak semalam... Saya bekerja keras untuk album ini.

"Tiga bulan saya berkurung di studio sampai tak dapat tidur di katil sendiri selama empat hari, mengandung dan menerima pelbagai kecaman daripada orang luar!," katanya.

Cardi B, Nicki Minaj, Grammy

Artikel Lain