Ryu Hwayoung dedah jadi mangsa keganasan kekasih

Ryu Hwayoung (kanan) mendedahkan menjadi mangsa keganasan kekasihnya sendiri.

SELEPAS sekian lama berdiam diri, pelakon Ryu Hwayoung mengakui dia adalah teman wanita kepada penghibur LJ yang dikaitkan dengannya sebelum ini.

Soompi melaporkan perkara itu terbongkar selepas LJ memuat naik beberapa foto mesranya bersama bekas anggota kumpulan T-ara itu di Instagram.

Bagaimanapun Hwayoung membuat kejutan dalam satu temuramah eksklusif mendedahkan dia cuba melarikan diri daripada LJ sepanjang dua bulan lalu kerana tidak lagi tahan menjadi mangsa dera kekasihnya itu.

"Kami berkenalan sejak setahun lalu... Dia seorang yang baik dan saya pernah bertanya kepadanya jika dia mempunyai perasaan cinta kepada saya tetapi dia jawab tidak.

"Bagaimanapun dua bulan lalu dia mengakui menyintai saya dan saya terimanya sebagai kekasih saya.

"Akan tetapi tidak lama kemudian dia mula menunjukkan sikapnya yang panas baran dan saya buat keputusan untuk tidak meneruskan hubungan kami," katanya.

Tambah Hwayoung lagi, dia cuba berbaik dengan LJ namun setiap kali dia membangkitkan isu mengenai hubungan mereka lelaki itu mengugut untuk membunuh diri selain mengugut akan menelefon wartawan dan mendedahkan tentang percintaan mereka.

"Malah dia memecah masuk ke rumah saya tanpa kebenaran selain dia merampas telefon saya sehingga memaksa saya untuk menjerit meminta bantuan," katanya.

Ryu Hwayoung, LJ

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain