suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Song Joong Ki dan isteri masih dalam fasa bulan madu

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo berkahwin pada Oktober tahun lalu.

PELAKON Song Joong Ki memberitahu dia dan isterinya, aktres Song Hye Kyo masih dalam fasa berbulan madu walaupun sudah hampir setahun berkahwin.

Joong Ki memberitahu sehingga ke hari ini dia merasakan masih seperti pasangan kekasih yang masih mengenali antara satu sama lain.

Malah Joong Ki turut memuji Hye Kyo sebagai wanita paling cantik.

"Walaupun kami sudah berkahwin itu tidak bererti kami sudah melepaskan fasa sebagai kekasih. Sehingga hari ini kami rasa macam sedang bercinta.

"Dan sejujurnya isteri saya sangat cantik," katanya seperti dilaporkan Soompi.

Pasangan itu yang pernah bergandingan menerusi drama popular The Descendants of the Sun itu berkahwin pada Oktober tahun lalu.

Song Joong Ki

Artikel Lain