suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BTS lancar lagu duet bersama Nicki Minaj

BTS baharu sahaja melancarkan lagu duet bersama penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, Nicki Minaj berjudul Idol.

KUMPULAN kpop terkenal membuat kejutan apabila melancarkan lagu duet bersama penyanyi rap Nicki Minaj menerusi lagu berjudul Idol.

Koreaboo melaporkan lagu tersebut yang dilancarkan secara digital baru-baru ini adalah lagu bonus menerusi album terbaharu mereka Love Yourself: Answer.

Bercakap kepada Billboard, BTS memberitahu pengalaman berkolaborasi bersama Nicki disifatkan sebagai mimpi menjadi kenyataan.

Salah seorang anggota BTS, J-Hope memberitahu mereka semua adalah peminat tegar Nicki dan peluang merakamkan lagu bersamanya adalah peluang sekali seumur hidup.

"Ia sangat mengujakan... Nicki Minaj adalah yang terbaik tambahan pula kami semua peminatnya.

"Merakamkan lagu bersama Nicki seperti mimpi menjadi kenyataan, sukar untuk dipercayai," katanya.

BTS, Nicki Minaj

Artikel Lain