suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jooeun (DIA) pelik Sungjae dikatakan teman lelakinya

Jooeun tidak pernah mengenali rapat dan menghubungi Sungjae atas sebab peribadi.

ANGGOTA kumpulan DIA, Jooeun terkejut apabila mendapat tahu mengenai gosip mengatakan dia kini sedang hangat bercinta dengan anggota BTOB, Sungjae.

Menurut laporan Allkpop, Jooeun menegaskan dia tidak pernah mengenali rapat lelaki itu apatah lagi untuk mempunyai hubungan cinta dengannya.

"Saya terkejut apabila membaca laporan berita mengenai gosip cinta saya ketika berada di bilik menunggu.

"Apa yang diperkatakan adalah tidak benar malah saya tidak pernah menghubunginya atas sebab peribadi.

"Saya tidak pernah mengenalinya secara rapat, jadi ia membingungkan apabila mengetahui khabar angin seperti itu," katanya.

Namun, Jooeun tidak menafikan pernah bertemu dengan Sungjae secara kebetulan di sebuah majlis besar.

Kedua-dua syarikat pengurusan Jooeun dan Sungjae turut menafikan khabar angin mengenai hubungan cinta artis mereka.

Jooeun, Sungjae

Artikel Lain