suria

George Clooney paling kaya di Hollywood, terima bayaran RM956 juta sepanjang 2018!

Pendapatan pelakon George Clooney mencecah RM956 juta sepangjang 2018.

GEORGE Clooney dinamakan sebagai aktor paling tinggi menerima bayaran di Hollywood sepanjang 2018 oleh majalah Forbes.

People melaporkan pemenang Anugerah Akademi itu menerima bayaran sebanyak AS$239 juta (RM956 juta) termasuk hasil penjualan syarikat Casamigos Tequila pada 2017.

George dilaporkan menjual syarikat tersebut dengan harga AS$1 bilion (RM4 bilion) yang turut dikongsi bersama dua orang rakannya iaitu Rande Gerber dan Mike Meldman.

"Kami tidak pernah berhasrat untuk menubuhkan syarikat ini... Kami buka syarikat ini bagi membolehkan kami sendiri yang minum alkohol itu.

"Tetapi selepas empat tahun kami ditawarkan satu bilion dolar untuk menjual syarikat itu!," katanya.

Sementara itu, aktor dan bekas ahli gusti, Dwayne 'The Rock' Johnson berada di kedudukan kedua sebagai artis paling tinggi bayaran di Hollywood.

George Clooney

Artikel Lain