suria

Ben Affleck & Lindsay Shookus berpisah, model Playboy jadi punca?

Ben Affleck dan Lindsay dilaporkan sudah berpisah sejak tiga minggu lalu.

HUBUNGAN cinta aktor terkenal Hollywood Ben Affleck dengan penerbit rancangan Saturday Night Live (SNL), Lindsay Shookus dilaporkan berakhir dengan perpisahan hanya selepas setahun menyulam cinta.

People melaporkan Ben, 46, dan Lindsay, 38, memutuskan untuk berpisah selepas sentiasa berjauhan dan sudah mencuba untuk menjayakan hubungan itu.

"Mereka masih berkawan... Pasangan itu sudah mencuba untuk memperbaiki hubungan mereka tetapi percintaan jarak jauh nampaknya bukan untuk mereka," kata sumber.

Berita perpisahan pasangan itu tersebar selepas Ben dilihat keluar bersama model Playboy, Shauna Sexton baru-baru ini.

Lindsay turut memadam akaun Instagram miliknya.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak Julai tahun lalu selepas Ben berpisah dengan isterinya, Jennifer Garner selepas 10 tahun berkahwin.

Mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Violet, 12, Seraphina, 9 dan Samuel 6.

Ben dan Jennifer masih belum bercerai secara rasmi dan kes perceraian mereka masih dalam penyelesaian.

Ben Affleck

Artikel Lain