suria

Selena Gomez sedih Justin Bieber beli banglo impian mereka untuk tunang

Impian Selena untuk mempunyai rumah bersama Justin kini tinggal kenangan.

PENYANYI Selena Gomez dilaporkan berasa sedih apabila bekas kekasihnya, Justin Bieber membeli sebuah banglo di Kanada untuk tinggal bersama tunangnya Hailey Baldwin.

Hollywoodlife.com melaporkan Selena terkejut dengan berita itu kerana mereka pernah membayangkan untuk memulakan keluarga di sebuah rumah besar berdekatan dengan tasik selepas berkahwin.

"Selena patah hati dengan berita mengenai Justin membeli rumah besar untuk tinggal bersama Hailey.

"Sebelum ini, Selena pernah berharap dia akan menetap bersama Justin di luar kawasan jauh dari Hollywood.

"Itulah impian dia untuk membesarkan keluarga di sebuah rumah besar berdekatan dengan tasik bersama Justin tapi lelaki itu buat dengan orang lain," kata sumber.

Kini Selena sudah jelas betapa serius Justin untuk memberi komitmen masa depannya bersama Hailey.

Sebelum ini, Selena dilaporkan terkejut dengan berita pertunangan bekas teman lelakinya dengan Hailey pada 7 Julai lalu.

Artikel Lain