suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hilary Swank berkahwin secara rahsia dalam hutan

Hilary Swank berkahwin secara rahsia dengan teman lelakinya, Philip Schneider minggu lalu.

PEMENANG Anugerah Akademi Hilary Swank berkahwin secara rahsia dengan teman lelakinya, Philip Schneider pada minggu lalu.

E! Online melaporkan pasangan itu berkahwin dalam sebuah hutan simpanan Saint Lucia di Carmel, California dan ia turut dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan terdekat.

Hilary, 44, anggun dalam gaun rekaan Elie Saab Houte Couture Atelier yang mengambil masa 150 jam untuk disiapkan.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan sekitar 2016 selepas aktres itu memutuskan pertunangannya dengan pemain tenis, Ruben Torres.

Hilary sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Chad Lowe pada 1997 namun mereka bercerai 10 tahun kemudian.

Hilary Swank

Artikel Lain