suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seungri dedah sikap boros, kehidupan tidak bahagia

Seungri memberitahu dia kini menjalani kehidupan sederhana dan tidak berbelanja secara boros.

PENYANYI Seungri mendedahkan dia tidak pernah berasa gembira atau bahagia walaupun kehidupannya sebagai selebriti terkenal dilimpahi dengan kekayaan.

Anggota kumpulan Big Bang itu memberitahu sebelum ini dia seorang yang boros dan gembar membeli barangan mewah dan berjenama namun ia tidak pernah memberi kebahagian kepadanya.

"Pernah satu tahap dalam hidup, saya membelanjakan wang secara boros dengan membeli barangan berjenama dan mahal.

"Malangnya ia langsung tidak memberi kepuasan atau kegembiraan... Saya tidak pernah gembira," katanya seperti dilaporkan Allkpop.

Dalam pada itu, Seungri berkata, bertitik tolak daripada itu dia berazam untuk menjalani kehidupan sederhana kerana ia memberi lebih makna kepadanya.

"Apabila saya kenangkan kembali wang dan kemewahan bukanlah segala-galanya dan saya lebih bahagia apabila menjalani kehidupan sederhana.

Seungri, Big Bang

Artikel Lain