suria

Konsert WINNER & iKON di Malaysia Oktober depan

iKON dan WINNER akan bakal mengadakan konsert di Malaysia pada Oktober depan.

PETALING JAYA: Dua kumpulan kpop terkenal yang bernaung di bawah pengurusan YG Entertainment iaitu iKON dan WINNER bakal mengadakan konsert di negara ini pada Oktober depan.

Konsert iKON Continue Tour in Kuala Lumpur dan WINNER 2018 Everywhere Tour in Kuala Lumpur itu akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 13 dan 14 Oktober bermula pukul 6 petang.

Ini adalah penampilan pertama WINNER di Malaysia manakala kedua buat iKON di negara ini.

WINNER akan membuat penampilan pertama mereka di Malaysia dan ini adalah kemunculan kali kedua untuk kumpulan iKON.

iKON dianggotai oleh tujuh ahli iaitu B.I, Jay, Bobby, Song, Ju-ne, DK dan Chan manakala WINNER dianggotai empat pemuda, Yoon, Jinu, Hoony dan Mino.

Tiket untuk setiap konsert berharga RM693 (Zon IKONIC / INNER CIRCLE), RM673 (Zon Merah), RM573 (Zon Kuning), RM483 (Zon Ungu), RM373 (Zon Hijau) dan RM273 (Zon Biru).

Pihak penganjut juga menawarkan harga istimewa kepada penonton pada kedua-dua konsert tersebut yang mana peminat berumur 18 tahun ke bawah bakal menikmati harga istimewa RM98 untuk tiket berharga RM273 untuk kedua-dua konsert ini.

Tiket boleh dibeli menerusi www.ticketcharge.com.my mulai 12 tengah hari, mulai 23 Ogos 2018 untuk iKON Continue Tour in Kuala Lumpur.

Untuk jualan tiket WINNER 2018 Everywhere Tour in Kuala Lumpur akan bermula pada pukul 2 petang pada hari yang sama.

400 peminat pertama yang membeli tiket Zon IKONIC/INNER CIRCLE, atau 150 orang peminat pertama yagn membeli tiket Zon Merah, akan mendapat pas pemerikasaan bunyi. 

Manakala 280 orang peminat pertama yang membeli tiket Zon Kuning akan mendapat Pas Sendoff untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan kegemaran masing-masing.

Konsert itu dianjurkan oleh MacpiePro.

iKON, WINNER

Artikel Lain