suria

Anggun dikhabar berkahwin kali keempat

Anggun dilaporkan berkahwin dengan jurukamera pada Khamis secara tertutup.

PENYANYI terkenal Indonesia Anggun C Sasmi dikhabarkan melangsungkan perkahwinan dengan kekasinya Christian Kretschmar di Bali pada Khamis.

Berita gembira itu disebarkan oleh pereka fesyen dan aksesori popular Indonesia, Rinaldy Yunardi.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Rinaldy memuat naik status mengucapkan tahniah kepada menyanyi itu.

Dia turut memuat naik foto bersama Anggun yang diambil ketika membuat persembahan di Sukan Asia baru-baru ini.

Bertemu dengan kesayangan Anggun Cipta dalam berkarya untuk Indonesia. Happy weeding my beloved Anggun Aug.16.2018," tulisnya.

Pasangan itu dilaporkan berkahwin dalam sebuah majlis tertutup di villa milik Anggun di Ubud, Gianyar, Bali.

Sebelum ini, Anggun dilaporkan berkawan rapat dengan seorang jurukamera berasal dari Perancis bernama Christian Kretschmar.

Penyanyi itu sebelum ini mendedahkan tentang hubungan mereka kepada umum dan Christian turut menjadi pengurus serta menemani Anggun ke mana-mana sahaja.

Ia merupakan pernikahan keempat wanita tersebut yang kini memiliki seorang cahaya mata perempuan Kirana Cipta Montana Sasmi yang kini berusia 10 tahun.

SUMBER: Kapan Lagi

Anggun

Artikel Lain