suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu-bapa Nick Jonas ke Mumbai jumpa keluarga Priyanka Chopra

Ibu bapa Nick Jonas tiba di Mumbai, India untuk bertemu dengan keluarga tunang anaknya, Priyanka Chopra.

IBU bapa penyanyi Nick Jonas iaitu Denise dan Kevin Jonas Sr tiba di Mumbai, India pada Khamis bagi bertemu dengan keluarga tunangnya, Priyanka Chopra.

Nick, 25, dilihat berada di Lapangan Terbang Antaranbangsa Chhatrapati Shivaji untuk menyambut ketibaan ibu bapanya.

Pasangan itu turut dilihat menjinjing beg kertas Tiffany & Co dipercayai hadiah untuk ibu Priyanka, Madhu.

Kunjungan ibu bapa penyanyi itu juga dilaporkan untuk meraikan pertunangan anak mereka dengan aktres terkenal Bollywood itu selain berbincang mengenai perkahwinan mereka.

Pada Selasa lalu, Priyanka, 36, mengesahkan pertunangannya dengan Nick apabila memuat naik gambar cincin pemberian penyanyi itu di Instagram.

Nick melamar Priyanka pada hari jadi pelakon itu ketika mereka bercuti di London bulan lalu.

Nick Jonas, Priyanka Chopra

Artikel Lain