suria

Zayn Malik nak melamar tapi Gigi Hadid belum bersedia

Penyanyi Zayn Malik mahu membuktikan cintanya dengan melamar teman wanitanya model Gigi Hadid.

PENYANYI Zayn Malik sudah bersedia untuk bergelar suami kepada model Gigi Hadid dan bekas anggota kumpulan One Direction itu dilaporkan sudah melamar teman wanitanya itu. 

Menerusi laporan Daily Star, Zayn meluahkan hasratnya itu bagi membuktikan dia sangat mencintai Gigi dan ingin memberi komitmen kepada hubungan mereka sebagai suami-isteri.

"Zayn sangat dilamun cinta dan ingin membuktikan kepada dunia bahawa dia komited dengan hubungannya dengan Gigi dan sangat mencintai wanita itu.

"Malah dia juga berhasrat untuk memperisterikan Gigi kerana sudah bersedia untuk bergelar seorang suami," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Bagaimanapun kata sumber sama, Gigi dikatakan masih belum bersedia untuk menempuh alam perkahwinan dan selesa dengan fasa hubungannya dengan Zayn ketika ini.

Untuk rekod, Zayn dan Gigi tidak mempunyai masalah untuk berkahwin kerana kedua-dua mereka adalah beragama Islam.

Zayn Malik, Gigi Hadid

Artikel Lain