suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Shah Rukh Khan hias muka depan Vogue India

NAMA Suhana Khan masih tidak dikenali di dunia hiburan Bollywood, anak kepada aktor Shah Rukh Khan ini kini sudah memulakan kerjayanya dalam industri seni sebagai penghias majalah Vogue India.

Suhana yang berusia 18 tahun merupakan anak kedua Shah Rukh Khan bersama Guari Khan dan bersekolah di London sejak berusia 16 tahun.

Gadis itu memberitahu dia berpindah adalah mahu berdikari dan lebih yakin dengan diri sendiri.

Katanya, dia juga lebih menghargai tanah airnya India selama berada di perantauan.

Dia juga mengakui sedang menyiapkan portfolionya untuk program lakonan di Los Angeles.

Shah Rukh Khan yang mengumumkan muka depan itu pada Vogue Beauty Awards berharap anaknya bakal menjadi bintang yang menyinar suatu hari nanti.

"Aku beruntung dapat bekerjasama dengan ramai wanita fantastik dan aku harap anakku boleh menjadi salah seorang daripada mereka suatu hari nanti," ujarnya.

Suhana mempunyai rancangan untuk menjadi seorang pelakon dan kedua-dua orang tuanya sudah menyedari hal tersebut selepas melihat dia beraksi di panggung teater.

Shah Rukh Khan

Artikel Lain