suria

Yang Jiwon mengaku sudah berpunya

Yang Jiwon dedah kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang.

ANGGOTA kumpulan UNI.T iaitu Yang Jiwon mendedahkan dia kini menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang.

Menurut laporan Soompi, Yang Jiwon membuat pendedahan tersebut kerana tidak mahu menyakiti hati mana-mana pihak dengan mengatakan dia masih belum berpunya.

"Saya sudah lama dalam industri dan saya tidak pernah umum yang saya bercinta sebelum ini.

"Saya tak nak lukakan hati seseorang dengan mengatakan saya belum ada kekasih sedangkan saya sedang bercinta," kata Yang Jiwon.

Yang Jiwon

Artikel Lain