suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selena Gomez harap Justin Bieber cepat kahwin

Selena mahu Justin dan Hailey berkahwin secepat mungkin.

PENYANYI Selena Gomez berharap bekas kekasihnya, Justin Bieber berkahwin dengan Hailey Baldwin secepat mungkin.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, jika perkahwinan itu diadakan dalam masa yang terdekat ini, segala tanda tanya dalam fikiran Selena akan berakhir.

"Selena mengakui dia telah banyak memikirkan tentang apa yang bakal berlaku dalam hubungan Justin dan Hailey terutamanya soal perkahwinan mereka berdua.

"Namun begitu, Selena sudah lama menerima kenyataan dan bahagia dengan kehidupannya sendiri," kata sumber.

Pada masa yang sama, ada khabar angin mengatakan bahawa persiapan perkahwinan Justin dan Hailey telah pun siap sepenuhnya.

Bagaimanapun, kedua-dua belah pihak masih belum memberi sebarang kepastian mengenai perkara tersebut.

Artikel Sebelum