suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Jong Hyun bakal jalani latihan tentera

Lee Jong Hyun masih tidak tahu tarikh dan lokasi untuk dia mula jalani latihan tentera.

ANGGOTA kumpulan CNBLUE, Lee Jong Hyun sudah bersiap sedia untuk menjalani latihan tentera pada bulan Ogos ini.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusnya FNC Entertainment telah mengesahkan perkara tersebut dan masih belum ada tarikh serta lokasi.

"Lee Jong Hyun bakal menjalani latihan tentera pada bulan Ogos ini. Buat masa kini, belum ada tarikh dan lokasi di mana dia akan mulakan latihan tu," katanya.

Menerusi laman Instagram Lee Jong Hyun turut memuat naik foto hadiah buah-buah daripada peminatnya.

"Saya terima banyak hadiah supaya saya selamat kembali dari latihan tentera. Saya akan makan semuanya.

"Berat badan saya akan naik, jadi saya kena menjaga pemakanan sebelum masuk latihan," tulisnya.

Sebelum ini, ahli kumpulannya iaitu Jung Yong Hwa dan Kang Min Hyuk sudah pun menjalani latihan tentera pada Mac dan Julai lalu.

Lee Jong Hyun

Artikel Lain