suria

Park Seo Joon sangkal dia kekasih Park Min Young

Park Seo Joon menyangkal dakwaan dia adalah teman lelaki kepada aktres Park Min Young.

PELAKON Park Seo Joon menyangkal laporan mengatakan dia sebenarnya sudah tiga tahun menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Park Min Young.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan syarikat pengurusannya, Seo Joon memberitahu mereka hanya berkawan rapat dan hubungan itu disalahertikan mungkin disebabkan mereka bergandingan dalam drama bersiri What's Wrong with Secretary Kim.

"Tidak benar. Kami memang rapat tetapi hanya sekadar teman biasa sahaja.

"Gosip itu bertebaran mungkin kerana sekarang drama lakonan kami sedang ditayangkan. Hakikatnya kami tidak bercinta," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Sejak gosip itu bertebaran, netizen mula mencari bukti tentang dakwaan itu dan mereka menjumpai beberapa petunjuk yang seolah-olah mengiyakan khabar berkenaan.

Dalam satu posting di Instagram, Seo Joon memuat naik gambarnya di Amerika Syarikat dan Min Young turut berbuat perkara sama beberapa hari kemudian.

Malah kedua-dua pelakon itu dilihat memakai gelang sama berwarna hitam pada tangan kanan masing-masing.

Park Seo Joon

Artikel Lain