suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lisa (Blackpink) terima ugutan bunuh

Lisa terima ugutan bunuh daripada pembenci (haters).

PENYANYI Lisa daripada kumpulan Blackpink menjadi sasaran golongan pembenci sehingga ada beberapa akaun palsu diwujudkan mengugut untuk membunuhnya.

Koreaboo melaporkan beberapa profil palsu wujud dengan ugutan sama namun tindakan pantas peminat menyebabkan akaun itu disekat.

Bagaimanapun ugutan itu tidak terhenti di situ, apabila segelintir pembenci Lisa membuka akaun baharu dan meninggalkan komen di beberapa profil berkaitan Blackpink dan pihak pengurusannya.

"Jangan ingat akaun kami dipadam Lisa akan selamat!," antara ugutan ditinggalkan.

Dalam pada itu, peminat menggesa syarikat pengurusan Blackpink agar mencari dalang di sebalik profil palsu itu dan memastikan keselamatan Lisa dan anggota yang lain.

Lisa, Blackpink

Artikel Lain