suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tunang Ariana Grande padam semua foto di IG

TUNANG penyanyi Ariana Grande memadam semua foto dan video di laman sosial Instagramnya secara tiba-tiba pada Isnin lalu.

Pemilik akaun @petedavidson yang juga pelakon komedi itu mengakui tidak selesa dengan laporan dan cerita yang tersiar sejak mereka bertunang.

Dia menjelaskan perkara itu menerusi Instastory bahawa laman sosial itu hanya memberi kesan negatif kepadanya.

Tunang Ariana padam semua foto di IG.

"Aku tiada masalah, hanya ingin bermain di Instagram dan media sosial lain tapi aku sedari internet adalah tempat yang jahat dan membuat aku tidak selesa.

"Mengapa aku harus menghabiskan masa dengan perkara negatif sedangkan kehidupan realitiku sangat bahagia," tulisnya.

Dia turut memberitahu hubungannya dengan Ariana tiada masalah.

Tambahnya, tindakannya memadam foto itu tidak menganggu hubungannya dengan penyanyi lagu Dangerous Woman itu.

Ariana Grande

Artikel Lain