suria

‘Overdose’ dadah, Demi Lovato tidak sedar diri di rumah

PENYANYI Demi Lovato ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah secara berlebih-lebihan di kediamannya di Hollywood Hill pada Selasa lalu.

Penyanyi berusia 25 tahun itu mendapat bantuan kecemasan daripada seorang kawannya sebelum diselamatkan pasukan perubatan.

Kawan Demi sempat memberi ubat mencegah ketagihan membuatkan dia sedar semula.

Selepas pasukan kecemasan sampai, Demi dibawa ke pusat berubatan di kawasan Los Angeles.

Seperti dipetik US Weekly, rakan yang menyelamatkannya itu menyimpan ubat pencegah itu sejak Demi kembali aktif mengambil barang terlarang itu.

Dia dilaporkan kembali berhibur di kelab malam dan pesta secara tidak langsung terdedah dengan penyalahgunaan dadah itu semula.

Demi mula mengambil barang terlarang itu sejak berusia 17 tahun akibat tekanan kerja dan pergaulan bebas.

Bagaimanapun, sebelum ini dia menjadi aktivis melawan ketagihan dadah dan alkohol.

Dia juga melancarkan single berjudul Sober yang menceritakan tentang perjuangannya untuk kehidupan lebih sihat.

Pada minggu lalu Dami membuat persembahan di California dan tidak mengingati lirik lagunya sendiri sehingga beberapa konsert yang sudah dijadualkan terpaksa dibatalkan.

Demi Lovato

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain