suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga 'IG Review' Kylie Jenner RM4 juta

Kylie Jenner mempunyai nilai kekayaan AS$900 juta.

USAHAWAN dan bintang realiti Kylie Jenner dilaporkan menerima bayaran sebanyak AS$1 juta (RM4 juta) untuk setiap perkongsian berbayar (IG Review) di Instagram miliknya.

Pendapatan lumayan itu menjadikan Kylie, 20, berada di tangga pertama untuk selebriti yang menerima bayaran tertinggi di Instagram.

E! Online melaporkan Kylie turut mengalahkan kakaknya sendiri, Kim Kardashian dan Selena Gomez untuk mendapat gelaran itu.

Untuk rekod, Kylie mempunyai 111 juta pengikut di laman sosial itu.

Baru-baru ini, majalah Forbes menamakan Kylie sebagai usahawan muda yang berjaya atas usaha sendiri dengan harta kekayaan AS$900 juta (RM3.6 bilion).

Kylie Jenner

Artikel Lain