suria

Konsert batal, TWICE menangis peminat berkumpul di KLIA

Beberapa anggota kumpulan TWICE dilihat menitiskan air mata kerana terharu dengan sokongan peminat terhadap mereka. Foto Ihsan Twitter @Tzu_Deng & @naboongs

ANGGOTA kumpulan TWICE dilihat mengalirkan air mata kerana berasa terharu dengan sokongan peminat mereka di Kuala Lumpur yang berkumpul di ruang menunggu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Sabtu.

Kumpulan itu berlepas pulang ke Korea Selatan selepas konsert pertama mereka di negara ini, TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park in Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung pada malam Jumaat terpaksa dibatalkan disaat akhir atas faktor keselamatan.

Walaupun kecewa dengan keadaan itu, peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai ONCE berkumpul di KLIA bagi menunjukkan sokongan terhadap kumpulan itu selain mengucapkan selamat tinggal.

Peminat berkumpul di ruang menunggu KLIA.

TWICE yang melalui kawasan menunggu sempat meluangkan masa melambai ke arah peminat yang menunggu kehadiran mereka sehingga ada di antara mereka menitiskan air mata kerana terharu dengan sokongan peminat.

Mereka juga dilihat menyarungkan kain batik dibahu mereka dipercayai hadiah daripada peminat setia kumpulan itu.

Kumpulan itu turut memuat naik video ucapan kepada peminat di Instagram berbunyi; Jumpa lagi Malaysia!

TWICE turut memuat naik video ucapan kepada peminat di Malaysia. 

TWICE dianggotai oleh Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu.

Ditubuhkan pada 2015 dan popular dengan lagu hit termasuk TT, What Is Love, Likey, Heart Shaker, Dance The Night Away, Candy Pop, Knock Knock, Signal, Like Ooh Ahh dan banyak lagi.

TWICE

Artikel Lain