suria

Selena Gomez Tidak Fikir Cari Teman Lelaki

Selena Gomez lebih selesa solo dan tidak terfikir mencari teman lelaki.
PENYANYI selena Gomez menepis dakwaan kononnya dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki dikenali sebagai Samuel Krost.

Selena menjelaskan dia kini masih solo dan hubungannya dengan Samuel tidak serius seperti disangka sesetengah pihak.

"Saya mungkin dilihat dekat dengan Samuel atau lelaki lain tetapi itu tidak bererti hubungan kami serius.

"Buat masa ini saya masih solo dan tidak terfikir untuk mencari pasangan," katanya seperti dilaporkan majalah People.

Komen itu dibuat Selena selepas bekas teman lelakinya Justin Bieber dalam satu temubual eksklusif mendedahkan dia masih mencintai wanita tersebut dan berharap akan ada ruang untuk mereka kembali bersama.

"Sudah tentu saya cemburu melihat dia bersama lelaki lain dan berharap hubungan itu tidak serius.

"Tapi pada akhirnya saya mahu Selena gembira dengan pilihannya," kata Justin dalam temubual berkenaan.

Selena Gomez, Justin Bieber

Artikel Lain