suria

Pelakon Teater Kai Dituduh Hantar Foto Kemaluan Kepada Peminat

Kai

PELAKON teater Kai didakwa menghantar foto alat sulit kepada seorang peminat wanita dan individu yang mahu dikenali sebagai A itu telah membuat laporan polis terhadap aktor tersebut.

Menurut A, Kai atau nama sebenarnya Jung Ki Yeol menghantar foto lucah berkenaan menerusi sebuah akaun laman sosial miliknya.

Tambahnya lagi, sebelum kejadian tersebut dia banyak menghantar mesej sokongan terhadap kerjaya seni pemuda itu di laman sosial rasminya.

Pada September lalu, Kai mula membalas mesej-mesej tersebut dan kedua-dua mereka mula berkomunikasi di laman sosial.

Menurut A lagi, Kai banyak menghantar mesej berbaur lucah diiringi foto alat sulitnya.

Bagaimanapun, agensi EA&C menafikan dakwaan tersebut, namun mengakui laman sosial tersebut dikendalikan oleh pelakon itu sendiri.

"Akaun rasmi dikendalikan oleh dia sendiri, namun tuduhan perlakuan berbaur seksual itu adalah tidak benar," ujarnya.

Kai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain