suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mr Bean Bercerai Selepas 24 Tahun Kahwin

Mr Bean dan bekas isteri Sunestra.
PELAKON dan pelawak Mr Bean atau nama sebenarnya Rowan Sebastian Atkinson dilaporkan bercerai dengan Sunestra Sastry pada Jumaat selepas hampir 24 tahun mendirikan rumah tangga.

Seperti dipetik Telegraph perceraian dilaporkan berikutan tuduhan bahawa Atkinson, 64, telah menjalinkan hubungan dengan seorag wanita berusia 32 tahun bernama Louise Ford.

Bagaimanapun, Rowan tidak hadir pada prosiding tersebut.

Atkinson dan Louis Ford berkenalan pada satu pementasan di West End pada tahun 2013.

Sementara itu, pelakon itu juga dilaporkan mula tinggal berasingan dengan isterinya sejak Februari 2014.

Mereka berkahwin pada tahun 1990 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Ben, 22 dan Lily, 20.
Mr Bean

Artikel Lain