suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minah (Girls Day) Elak Jawab Hubungan Dengan Pemain Bola Sepak

Minah elak daripada bercakap tentang bekas teman lelakinya, So Heung Min.

ANGGOTA kumpulan Girls Day, Minah mengelak daripada menjawab mengenai hubungannya dengan pemain bola sepak Son Heung Min.

Allkpop melaporkan Minah ditanya berhubung perkara tersebut ketika muncul dalam program Radio Star bagi mempromosikan drama terbaharunya Sweet Family.

"Ia sesuatu yang sudah berlalu. Tiada apa yang perlu diungkit lagi," katanya ringkas ketika ditanya oleh hos program berkenaan Kim Gu Ra.

Biarpun diasak dengan pelbagai pertanyaan namun Minah tetap tenang dan hanya memberitahu dia tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan mengenai perkara itu.

"Saya bimbang tersalah cakap jadi lebih baik ia tidak dibangkitkan," katanya lagi.

Sebelum ini, Minah mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berkenaan namun mereka dilaporkan sudah berpisah.

Minah, Girls Day, So Heung Min

Artikel Lain