suria

Big Bang Ungguli Lagu Paling Banyak Dimuat Turun

Big Bang
TAHUN 2015 merupakan tahun paling aktif bagi kumpulan-kumpulan muzik Kpop melancarkan lagu mereka seperti Big Bang, Super Junior, SHINee dan EXO.

Menerusi satu kaji selidik, kumpulan Big Bang meraih muat turun terbanyak apabila lapan lagu nyanyian mereka menduduki carta 10 paling banyak di muat turun.

Antara lagu Big Bang yang menduduki carta ialah Loser, Bang Bang Bang, Bae Bae, If You, Let's Not Fall In Love, Sober, We Like 2 Party dan Zutter.

Sementara itu kumpulan EXO menerusi lagu Call Me Baby berjaya menduduki tangga kelapan carta, iKON menerusi lagu My Type di tempat ke 10.

Big Bang menerima jumlah muat turun sebanyak 8.4 juta diikuti EXO - 3 juta dan SHINee sebanyak 1.6 juta.

Berikut merupakan 10 kumpulan yang berjaya meraih muat turun lagu terbanyak.

Big Bang: 8,471,224

EXO: 3,091,485

SHINee: 1,664,434

IKON: 1,537,095

Beast:  953,296

BTOB: 876,813

Bangtan Boys: 743,515

Infinite: 713,478

2PM: 301,437

VIXX: 281,650

 

Big Bang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain