suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Kardashian & Kanye West Bertengkar Kerana Penampilan Anak

BIARPUN sedang mengecap kebahagiaan dan menanti kelahiran anak kedua, Kim Kardashian dan suami Kanye West dilaporkan bertengkar baru-baru ini.

Menurut sumber seperti dipetik Radar Online, pasangan itu bergaduh kerana penampilan anak sulung mereka North West.

Katanya, Kim tidak suka jika rambut anaknya itu tidak diikat rapi, namun Kenya yang kasihan melihat anaknya mengadu kesakitan kerana ikatan terlalu ketat.

Kenya meminta agar Kim membuka ikatan rambut tersebut sehingga perkara itu menimbulkan salah faham antara pasangan berkenaan.

"Kim selalu memikirkan penampilan fizikal North setiap kali mereka keluar rumah. Kadang-kadang rambut keriting North menjadi masalah besar hingga membuatkan dia tidak tenteram.

"Selalunya, dia mahu apa yang digayakan oleh anaknya itu mengikut benar-benar apa yang dimahukan," ujar sumber.
Kim Kardashian, Kanye West

Artikel Lain