suria

"Ia Sangat Sukar" - Kris Jenner Bertemu Bekas Suami Jadi Wanita

VIDEO terbahru bagi episod dokumentari E! yang bakal disiarkan pada Ahad ini menunjukkan detik pertemuan kali pertama bekas pasangan suami isteri iaitu Kris Jenner dan bekas suaminya bintang realiti transgender iaitu Caitlyn.

Program berjudul I Am Cait  itu diatur oleh pihak produksi di kediaman Caitlyn, di Malibu, California, Amerika Syarikat.

"Saya tidak tahu sama ada pertemuan ini akan menyelesaikan apa-apa perkara," ujar Caitlyn di hadapan kamera.

"Kami sudah melalui hari-hari yang indah bersama. Kami sudah boleh membina kehidupan secara berasingan, namun saya tidak mahu buang semua kenangan itu," tambahnya lagi.

Tambah Caitlyn lagi, dia tidak mahu anak-anaknya Kendall dan Kylie berada dalam keadaan yang tertekan dengan keputusan yang dilakukan itu.

"Saya tidak mahu mereka berada dalam keadaan susah, ia merupakan situasi yang sangat sukar bagi saya," ujarnya.

Caitlyn kemudian membuka pintu bagi menyambut kehadiran bekas isterinya yang juga pengurus kepada Kim Kardashian.

Wanita berusia 59 tahun itu datang dalam keadaan ceria bersua muka buat kali pertama selepas bekas suaminya itu menukar jantina dan berubah imej menjadi seorang wanita.

"Hello! Oh my goodness, lihat awak!, kasut awak cantik!" ujar Kris ketika memasuki rumah Caitlyn.

Bagaimanapun, terdapat saat-saat situasi perbualan kedua-dua mereka seperti janggal.

Video berdurasi 1.10 saat ini tamat sebelum kedua-dua selebriti ini meneruskan perbualan. Program E! itu akan disiarkan pada Ahad ini.

Pasangan ini hidup bersama selama 22 tahun terpaksa berpisah pada Oktober 2013 selepas Caitlyn atau sebelum ini dikenali sebegai Bruce mengambil keputusan untuk melakukan perubahan kepada identitinya menjadi seorang wanita sepenuhnya.

Bruce adalah pemenang pingat Emas Sukan Olimpik di Montreal, Kanada mewakili Amerika Syarikat dalam acara dekatlon pada tahun 1976.

Dia mempunyai enam orang anak menerusi tiga perkahwinannya yang terdahulu termasuk dua orang dengan Kris iaitu Kendall dan Kylie Jenner.

Kris Jenner, Caitlyn

Artikel Sebelum

Artikel Lain