suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chris Brown Disaman Pengunjung Kelab Malam

SEORANG pengunjung kelab malam telah menyaman penyanyi Chris Brown dan Fiesta Nightclub di San Jose, California kerana didakwa gagal memperkenalkan prosedur keselamatan dengan sempurna sehingga menyebabkan lima orang cedera ditembak.

Kejadian itu berlaku pada awal tahun ini semasa penyanyi berkenaan membuat persembahan penamatnya di kelab itu.

Defenden yang merupakah salah seorang mangsa menuntut ganti rugi kesakitan fizikal, mental, kesakitan emosi dan penderitaan sepanjang hayat, menurut dokumen mahkamah yang diperoleh E! News.

Bagaimanapun pasukan undang-undang yang mewakili penyanyi berusia 26 tahun itu percaya, saman yang dikemukakan itu akan ditolak mahkamah dan mereka akan membuat saman balas.

Dalam satu kenyataan jurucakap penyanyi itu berkata ia adalah satu tuntutan mahkamah yang remeh.

"Kami menjangkakan bahawa kes itu akan ditolak dan untuk mengelak tindakan undang-undang terhadap Chris Brown, kami merancang untuk mendapatkan ganti rugi daripada semua pihak dan peguam mereka,” kata jurucakap itu.

Selain kes berkenaan, Chris turut berhadapan dengan kes tuntutan hak penjagaan anak perempuannya iaitu Royalti yang berusia 15 bulan dengan Nia Guzman.
Chris Brown

Artikel Berikut

Artikel Lain