suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kris Jenner Batalkan Aktiviti Kerana Bibir Digigit Serangga

IBU yang juga pengurus Kim Kardashian iaitu Kris Jenner terpaksa membatalkan jadual aktiviti hariannya pada minggu lalu selepas bibirnya bengkak digigit serangga.

Kris turut membatalkan penampilannya di sebuah program televisyen Bachelor In Paradise berikutan bibir bahagian atasnya membengkak teruk.

"Saya tidak tahu apa yang terjadi dan merasakan wajahku seperti digigit oleh serangga sehingga separuh muka seperti membengkak," ujarnya seperti dipetik Dailymail.

Ibu kepada enam cahaya mata itu sudah meminta doktor untuk meredakan bengkak pada wajahnya secepat mungkin.

"Doktor telah memberi pelbagai ubat untuk mengembalikan wajah saya dalam bentuk asal sebelum 12 jam. Kesakitan berkurangan tapi bengkak masih ada," ujarnya.
Kris Jenner

Artikel Lain