suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aksi Kim Byung Ok Di Muka Depan Majalah Dapat Bantahan

PELAKON Kim Byung Ok yang sering dikenali dengan watak-watak antagonis dikritik oleh netizen apabila bergambar seperti gengster dengan seorang model perempuan yang diikat kakinya.

Kim menjadi model untuk majalah Maxim Korea edisi September dengan gaya garang sebagai penghias muka depan majalah tersebut.

Aksi-aksi foto itu dikatakan telah memberi gambaran negatif tentang penculikan dan perkosaan.

"Ini memalukan Korea. Bagaimana dia boleh bergambar seperti itu untuk menjadi penghias muka depan majalah.

"Siapa yang punya idea seperti itu?" ujar beberapa pengikut laman sosialnya.

Bukan hanya di Korea, malah majalah-majalah antarabangsa seperti Cosmopolitan, The Huffington Post, Life & Style dan Jezebel  turut mengkritik foto tersebut.

Sebuah petisyen dalam talian di Korea juga meminta agar penjualan majalah tersebut dihentikan. Sehingga kini ia telah mengumpul hampir 10 ribu tanda tangan sejak dibuka pada 26 Ogos lalu.
Kim Byung Ok

Artikel Lain