suria

Kim Soo Hyun Lelaki Paling Sempurna 2014

Kim Soo Hyun

SEJAK membintangi Man From The Stars tahun lalu, nama Kim Soo Hyun mula diperkatakan pula dikalangan peminat-peminat wanitanya.

Menurut laporan portal Soompi, aktor itu digelar sebagai Lelaki Paling Sempurna 2014 menerusi hasil tinjauan yang dibuat oleh radio RHTK Hong Kong.

Bukan sekadar di negara China sahaja, tetapi Soo Hyun telah menjadi fenomena hampir di seluruh negara Asia.

"So Hyun benar-benar mencuri perhatian gara-gara Man Of The Stars. Dia juga telah berjaya mengalahkan sleebriti-selebriti popular bertaraf senior," kata sebuah media di Hong Kong.

Sementara itu, gelaran Lelaki Paling Sempurna 2014 turut diraih seorang editor akhbar Ming Pao iaitu Kevin Lau yang mendapat tempat kedua manakala jurucakap polis Hong Kong, Steve Hui Cun Tak berada pada kedudukan ketiga.

Hasil tinjauan tersebut dilakukan sejak 2 hingga 21 Disember 2014.

Kim Soo Hyun

Artikel Lain