suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bradley Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Taylor Swift

BINTANG filem Bradley Cooper, 40, memberitahu dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Taylor Swift seperti khabar angin yang berlegar ketika ini.

Bradley berkata, dia tidak pernah menghubungi atau dihubungi penyanyi berusia 23 tahun itu.

Malah dia sendiri tidak mengetahui umur penyanyi tersebut yang dianggapnya terlalu muda.

"Saya tidak pernah menerima panggilan telefon daripada dia, malah tidak tahu umurnya," ujarnya ringkas menjelaskan gosip tersebut.

Terdahulu, penyanyi lagu Blank Space iaitu Taylor Swift dikhabarkan terlalu meminati aktor ini hingga tercetus khabar angin kedua-dua mereka mempunyai hubungan istimewa.

Bagaimanapun, faktor usia dikatakan menghalang hubungan mereka.
Taylor Swift, Bradley Cooper

Artikel Lain