suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gandingan Dalam Drama Temukan Cinta Park Seo Jun & Baek Jin Hee

Pasangan ini dilaporkan sudah menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu.

GANDINGAN pasangan pelakon Park Seo Jun dan Baek Jin Hee dalam drama bersiri Pots of Gold pada 2013 rupa-rupanya telah menimbulkan bibit-bibit cinta diantara mereka berdua.

Soompi melaporkan pasangan berkenaan mula bercinta sejak berada di set penggambaran dan hubungan tersebut kini sudah mencecah usia dua tahun.

Bagaimanapun baik Seo Jun mahupun Jin Hee mereka berdua bijak merahsiakan percintaan mereka biarpun ada laporan tentang perkara itu sebelum ini.

"Mereka tidak mahu percintaan tersebut menganggu karier mereka dan sedar ia akan memberikan kesan buruk sekiranya perkara itu dihebahkan," kata sumber terdekat pasangan berkenaan.

Dalam pada itu, Seo Jun dan Jin Hee tetap dengan pendirian mereka untuk tidak bercakap mengenai soal peribadi kepada umum.

Park Seo Jun, Baek Jin Hee.

Artikel Lain