suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Dhani Tempelak Presiden Indonesia Kerana Jalan Sesak

Ahmad Dhani menyalahkan Presiden Indonesia ekoran masalah kesesakan lalu lintas di Jakarta.

PENYANYI dan komposer Ahmad Dhani menempelak Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menerusi laman Twitter hanya kerana tidak berpuas hati dengan kesesakan lalu lintas di Jakarta yang semakin buruk.

Kapan Lagi melaporkan Ahmad Dhani dikatakan berang apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas baru-baru ini dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Jokowi.

Luahannya itu segera mendapat pelbagai maklum balas daripada para pengikutnya yang ada diantaranya bersetuju dengan kenyataan Ahmad Dhani dan ada juga berpendapat sebaliknya.

mStar Default Image
Jokowi

Bagiamanapun luahan itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana Ahmad Dhani sebelum ini lantang memberitahu dia tidak menyokong Jokowi sebagai Presiden Indonesia sebaliknya pro kepada Prabowo Subianto pada pilihan raya negara itu pada Julai tahun lalu.

Malah Ahmad Dhani juga pernah memberitahu akan memotong alat sulitnya sekiranya Jokowi menang sebagai Presiden.

Bagaimanapun, selepas kemenangan Jokowi, Ahmad Dhani tidak mengakui membuat kenyataan tersebut di laman sosial itu.

Ahmad Dhani, Jokowi Widodo.

Artikel Lain