suria

'Bayi Kami' Maksud Nama Anak Ji Sung

Ji Sung memilih nama Bo Bae untuk anak sulungnya.

PELAKON Ji Sung telah mendedahkan nama bakal anak sulungnya ketika muncul dalam program Section TV Entertainment Relay pada Ahad lalu.

Soompi melaporkan Ji Sung memilih nama Kwak Bo Bae hasil daripada gabungan nama asalnya iaitu Kwak Tae Geun dan isterinya, Lee Bo Young yang membawa maksud 'bayi kami'.

"Saya berharap Bo Bae akan segera dilahirkan dan kami tidak sabar untuk bertemu dengannya," katanya.

Dalam pada itu, Ji Sung memberitahu, semenjak isterinya disahkan hamil dia melakukan pelbagai perubahan terhadap dirinya agar dapat menjadi figura terbaik kepada anaknya itu.

"Sebagai bapa saya ingin menunjukkan sisi diri saya yang lebih dewasa dan matang kepada anak kami.

"Oleh sebab itu saya melakukan banyak perubahan demi memastikan saya dapat menjadi bapa yang baik," katanya. 



Ji Sung.

Artikel Lain